Monday, November 9, 2009

KEMAMPUAN (2)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Selain dari meminta bantuan untuk menyelesaikan masaalah, terdapat dari kita yang akan mencuba untuk menangani masalah peribadi kita. Ya, bukan semua masaalah boleh di kongsi. Bukannya apa, di khuatiri ada pihak tertentu akan cuba untuk mengambil kesempatan di atas masaalah kita.

Sekiranya kita ingin menyelesaikan masaalah peribadi kita itu secara sendirian, jangan sekali-kali hanya berlegar didalam kepompong masaalah itu. Cubalah untuk memecahkan kekompong berkenaan dengan memikir dan mencari jalan penyelesaian. Cuba rujuk kembali tulisan saya sebelum ini, tiga langkah kebelakang / muhasabah diri.

Cubalah tuliskan di ruangan pertama ‘masaalah’ dan diruangan kedua ‘penyelesaian’. Saya yakin dengan keupayaan minda anda, sekiranya anda tidak menulis sepertimana yang saya sarankan, anda mampu mengatasi masaalah berkenaan. Tetapi, jika terdapat nota bertulis, saya yakin anda akan lebih mudah untuk mengingati dan menyelesaikannya.

Ya. Sebenarnya anda mampu. Anda mampu merubah segala-gala yang berlaku didalam hidup anda. Anda memang hebat. Dan anda akan menjadi lebih hebat sekiranya anda boleh meningkatkan kemampuan diri anda. Tidak kiralah dari sudut mana pun. Yang penting. Kesemuanya adalah hak anda untuk kejayaan diri anda juga.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
09. November 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment