Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Apabila di sebut sahaja ‘kemampuan’, ramai yang berfikir kemampuan lelaki yang berkahwin empat, dan sang isteri pun mula mengetap bibir dan merah telinga.
Tetapi apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah kemampuan diri kita menanangi sebarang masaalah atau cabaran yang datang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan dapat melarikan diri dari sebarang masaalah.
Masaalah sentiasa datang dan pergi. Masaalah itu mungkin hampir sama, Cuma keadaan, tempat serta waktu yang berbeza. Malah setiap dari kita mungkin akan menghadapi masaalah yang hampir sama.
Bertukar-tukar pandangan dan pendapat adalah salah satu langkah terbaik untuk menangani masaalah ini, selain dari kita sama-sama Membincangkan masaalah berkenaan, kita juga akan cuba berusaha untuk menangani masaalah berkenaan. Bagaimana pula sekiranya kita tersilap memilih individu untuk membantu menangani masaalah kita?
Sekiranya individu berkenaan yang hanya memuji kita dan sentiasa mengatakan kita adalah benar, dan lawan kita itu salah, dan terus menerus mengutuk, menghina, mengumpat atau menokok tambah dengan menyatakan hal keburukan lawan kita sahaja, awas, sebenarnya kita telah tersilap memilih kawan untuk menyelesaikan masaalah kita.
Yang pasti, kita akan terjerumus lebih jauh ke dalam kancah permasaalahan kita.
Kemampuan kita dengan memilih jalan yang lebih rasional adalah penting.
Ia menjadi penting kerana itulah jalan penyelesaian untuk menaikan martabat diri kita.
Untuk meneliti kemampuan kita, sentiasalah berfikir apakah kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Sentiasa mendengar komen atau pandangan dari orang lain tentang diri kita, terutama perkara-perkara yang kurang elok yang telah kita lakukan selama ini.
Apakah perkara yang kurang elok itu? Insyallah kita jumpa esok.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
08. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Sunday, November 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment