Monday, November 2, 2009

IDENTITI (ID)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Setiap dari kita ada mempunyai nama kita sendiri Malah setiap yang kita lihat atau pegang ada mempunyai nama tersendiri. Tempat juga mempunyai nama sehinggalah haiwan ternakan atau kesayangan kita, kita berikan nama.

Apabila kita di lahirkan, ibu bapa kita akan mencari dan memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik. Bukan itu sahaja, nama yang diberikan juga mudah di ingat.

Apakah tujuanya nama atau jenama itu di berikan?
Tidak lain tidak bukan untuk ianya mudah di kenali.
Selain dari nama, sesuatu itu juga akan di kenali melalui rupa, bentuk, rasa, warna arus atau aliran, kekuatan, kelajuan dan banyak lagi petanda yang boleh menghasilkan nama. Sebab itulah nama itu penting di dalam kehidupan kita.

Apa yang ada pada nama?

Soalan ini sering di tanya dan selalu di bincangkan, terutama yang ingin mencari nama yang mudah di ingat, memberi erti yang baik dan pelbagai lagi kerana nama ini akan melambangkan keperibadian pada sesorang, aktiviti sesuatu kumpulan, perniagaan atau organasasi.

Di alam cyber pula, nama juga di perlukan untuk menamakan laman web, blog, email dan sebagainya. Dalam berebut-berebut mencari nama, terdapat juga golongan tertentu menjual nama web atau blog. Nama laman web, blog dan nama perniagaan yang popular juga pernah di jual dengan harga yang tinggi.

Nama juga melambangkan identiti seseorang. Apabila kita menyebut nama seseorang itu, pada kebiasaanya kita akan tergambar kepada, rupa, bentuk tubuh, suara, tingkah laku dan beberapa biometric seseorang.
Sebagai contoh, apabila kita menyebut nama Mawi, kebanyakan dari kita akan mengenalinya dengan beberapa kelebihan dan tidak ketinggalan kekurangnya. Begitu juga jika menyebut nama penjenayah, kita juga akan dapat membayangkan kezalimannya.

Apakah pilihan kita?

Adakah kita mahu orang mengenali kita dengan nama dan gambaran yang baik atau sebaliknya? Pesanan saya, janganlah sampai apabila seseorang menyebut nama kita, kita akan terus di benci. Anda mempunyai kuasa tersendiri untuk memilih apakah identiti anda dengan gambaran diri anda. Saya hanya mampu untuk mengubah diri saya, dan saya tidak mampu untuk mengubah pendirian anda. Apa yang saya mampu, adalah menyampaikan apa yang saya tahu, dan terpulanglah kepada anda untuk memanfaatkannya.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
02. November 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment