Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Sekali sekala saya juga merasa amat sedih apabila kelima-lima jari yang telah Allah anugerahkan kepada kita itu telah kita salah gunakan. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana sebagai manusia biasa, mungkin kita telah terlepas pandang atau kurang pengetahuan di dalam menyingkap rahsia diri kita. Sesungguhnya ciptaan Allah itu amat unik dan lebih bermakna jika kita berusaha untuk mengenalinya.
Di dalam matematik, kelima-lima jari biasa di gunakan untuk mengira. Begitu juga untuk mengantikan tasbih sewaktu kita berzikir. Satu lagi isyarat penting yang telah Allah berikan kepada kita, tetapi kadangkala ianya di jadikan sebagai pemanis bicara. Saya kira perkara ini terlalu biasa kita dengar. ‘Satu jari menunjuk ke arah orang lain, tiga jari lagi menunjuk ke arah kita. Manakala ibu jari menghala ke atas seolah-olah menjadi saksi’
Tetapi sejauh manakah kita memperakuinya dan seterusnya kita jadikan sebagai iktibar kepada diri kita. Sekiranya ianya menjadi petunjuk atau iktibar, kita tidak lagi memfitnah, mengata, menyebarkan berita orang lain kepada orang lain dan sebagainya.
Cuba perhatikan sekali lagi jari jemari kita itu. Dan cubalah membuat isyarat menunjuk ke hadapan, dan perhatikan kedudukan jari kita itu. Benarkah? Satu jari ke hadapan menunjuk ke arah orang lain, tiga jari lagi menunjuk kearah kita dan ibu jari menghala ke atas.
Secara rIngkas, marilah sama sama kita berfikir dan seterusnya memperbaiki diri kita. Gunakanlah kelima-lima jari kita yang telah di anugerahkan oleh Allah secara percuma itu dengan sebaik-baiknya untuk kemakmuran keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Tiada siapa yang mampu merubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Saya di sini hanya mampu menyampaikan apa yang terfikir dan telah di amalkan dengan menggunakan kelima-lima jari ini untuk menaip di key board ini.
Insyaallah kita akan menyambut Hari raya korban atau Hari Raya Aidil Adha esok. Benarkah kita mesti berkorban?
Insyaallah kita sambung esok.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
26. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment