Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
From: Siti Jineh Jaimun
Sent: Tuesday, November 03, 2009 3:39 PM
To: oku_boleh@googlegroups.com
Subject: (OKU BOLEH) Dari Merangkak Ke Bertatih
Assalamualaikum dan salam persaudaraan. Maaf puan moderator, lambat respon topik ini. Yalah seperti yang along nyatakan, kesibukan menyebabkan dia tidak punya kesempatan untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan sekalian warga OKU Boleh, maka begitu jugalah bagi diri CTJ. Saya setuju dengan pandangan along Zahari bahawa artikel seperti "Senda Gurau" itu agak akademik gayanya tanpa sense of humour diselitkan. CTJ membaca artikel itu dari awal hingga akhir….. Itu adalah sebahagian dari email CTJ.
Terima kasih kepada mereka yang telah pun sudi untuk memberi komen dan pandangan mengenai topik ini. Saya lambat untuk memberi respond kerana saya inginkan respond dari pembaca yang lain sebenarnya. Saya amat memahami, cara saya menulis agak serius, seperti membaca suratkabar, tanpa di selitkan sebarang humor. Didalam mailing list ini, saya mendapati telah ramai yang menulis secara ‘humor’. Dan tidak saya nafikan terdapat pelbagai kategori pembaca. Setelah beberapa hari saya menerajui mailing list ini, saya mendapati memang banyak unsur humor di sini, mungkin yang paling laris ialah Atuk Endcem dengan ‘kerepek ikan kerapunya’, dan mood yang turun naik seperti permainan yo-yo. Satu lagi ialah Cute Teddy Bear, yang saya kira mempunyai unsur ‘cyber bully’ yang memanaskan suasana adakalanya juga ‘memanaskan darah’. Puan Zubaidah, dengan lenggok liuk ‘happy go lucky nya’. Lady ranum, dengan indah bahasa gemalai puisinya. Abang Kenyalang, dengan gaya bahasa pertengahan, ala-ala gaya bahasa moderator. Dan Puan CTJ sendiri penuh dengan nasihat yang bersifat keibuan sejati. Kepada mereka yang tidak saya sebutkan disini, maafkan saya.
Disini juga saya copy n paste mail yang di kirimkan oleh Puan Zubaidah kepada saya pagi ini.
OK, DULU DULU YANG KAMI SEMUA RAPAT ADALAH SEPERTI:-
ABANG MUS,
ABANG HASHIM,
ABANG JOE,
ALONG ZAHARI,
KAK CTJ YANG GLAMER,
KAK ROSNAH,
CHRISTY,
NOORNAWAL,
RAIHAN,
FAIRUZ,
MOHAMMAD SAAD,
ROSMADI,
KAK SHIMAH,
AJAI,
FAUZIAH TENGAH,
RIZAL MR KENTANG,
ANNE LOTIA,
ADIK LIM.
ADA YANG TAK BERAPA MENULIS, TAPI MEREKA NI SEMUA MEMBERI SEMANGAT YANG SANGAT PADU KEPADA ZU. NI YANG AWALAN YANG RAPAT. YANG TAK BERAPA RAPAT DI OKU BOLEH TAPI SEBAB DAH RAPAT KAT KOMUNITI ADALAH SEPERTI:-
AWWA CAHAYA,
ABIAN,
SHAFIQ CHICKEN LITTLE
CIKGU RASHID.
TAPI LEPAS TU ADA TAMBAHAN KAWAN KAWAN YANG MENYUMBANG KE OKU BOLEH SEPERTI:-
NAZLAN,
AZHAR RASA SAYANG,
MOHAMMAD JUSOH,
MOHAMMAD ISMAIL,
GOLDEN.
DAN SEKARANG ADA LAGI YANG AGAK BARU JUGAK TETAPI SUDAH SEBATI DAN SERASI SEPERTI:-
SHUKUR ATUK ENDCEM,
EZZAH GK,
BROTHER LIM,
ERIC NG,
ROKIAH NAWI,
KAK ROMI,
RATU OLIVE,
ONI THE FABULOUS COOL,
CORNELIUS,
BARN.
YANG SELALU DOK BUAT MACAM MACAM RAGAM DAN MENCABAR JE DARI DULU SAMPAILAH SEKARANG, TAK LAIN TAK BUKAN IALAH TAI KHAI EONG.
Tahniah kepada Puan Zubaidah kerana dengan usaha beliau dengan di bantu oleh arwah suami beliau (Al-Fatehah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau) dan dengan sokongan beberapa orang lama, telah menjadikan mailing list ini sebagai landasan untuk kita sama-sama berinteraksi secara maya, dan andaikata kalau berselisih faham sekalipun biarlah di alam maya sahaja.
Harapan saya, teruskanlah sumbangan anda untuk menyerikan lagi rumah OKU BOLEH, dan berusahalah untuk memajukan diri anda di dalam apa bentuk bidang sekali pun. Buatlah yang terbaik untuk manfaat kepada diri kita.
OKU BOLEH! OKU BOLEH! OKU BOLEH!
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
05. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment