Monday, November 23, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA LAGI

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Apa khabar semua hari ini?

Cuti sekolah sudah pun bermula. Bagaimana dengan anak-anak anda? Sebagai ibu bapa, kita haruslah memantau pergerakkan dan aktiviti harian anak-anak kita khususnya semasa cuti sekolah ini. Semoga anak-anak kita dapat memanfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaik baiknya.

Di penghujung tahun juga amat sesuai untuk anak-anak lelaki berkhatan dan kebiasaannya, masa inilah lebih ramai yang akan berkhatan dan melalui proses untuk menjadi seorang lelaki dewasa.

Berbagai-bagai aktiviti boleh di adakan semasa cuti sekolah ini dan kita haruslah mengatur jadual aktiviti anak-anak agar mereka tidak terpengaruh atau di pengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh memesongkan atau memberi kemudaratan kepada mereka. Di zaman yang serba canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia yang kadang kala membawa lebih banyak keburukkan dari kebaikkan.

Di musim cuti sekolah ini juga, lebih banyak tempat-tempat seperti video arcade atau cyber café yang akan di penuhi oleh anak-anak kita. Ini adalah satu gejala yang jika tidak di pantau boleh memberi kesan yang tidak elok kepada mereka. Tidak di nafikan ada kebaikkan yang mereka boleh dapati dari situ tetapi andai tidak di pantau, maka mereka boleh menjadi ketagih untuk pergi ke tempat-tempat tersebut dan selain dari membuang masa dan duit,mereka juga mungkin boleh memasuki laman-laman web yang tidak sepatutnya dengan usia mereka.

Maka dengan ini saya menyeru agar kita semua lebih peka dan mengambil berat aktiviti dan jadual harian anak-anak kita di sepanjang cuti sekolah ini. Isikan masa cuti sekolah mereka ini dengan pelbagai ilmu seperti kelas komputer, tusyen, kelas kraftangan, pertukangan dan sebagainya. Juga lebih bermanfaat dengan membawa mereka ke perpustakaan dan meminjam buku-buku cerita ataupun novel untuk di jadikan bahan bacaan mereka di musim cuti sekolah ini.

Semoga cuti sekolah ini memberikan lebih masa untuk kita mendekati dan mendidik anak-anak kita dengan lebih cemerlang lagi.

Insyaallah.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
23. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment