Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Saya sudah pun menerangkan dengan ringkas mengenai muhasabah dan rasional. Hari ini tibalah masanya saya menerangkan langkah ketiga pula sebelum kita mengorak langkah seterusnya untuk memburu kejayaan atau matlamat.
Fokus.
Kita biasa mendengar perkataan ini bukan, Setengah dari kita faham apa dia fokus dan mungkin setengah dari kita masih kabur mengenainya. Fokus adalah dari perkataan inggeris, bermaksud beri tumpuan. Mungkin kita boleh samakan dengan cara mengambil gambar oleh seorang juru foto professional. Juru foto ini perlu melaraskan lensa kamera mereka untuk mendapat gambar yang jelas dan menarik. Jika tidak, gambar yang mereka ambil akan nampak kabur dan tidak menarik. Tetapi terdapat juga sesetengah juru foto yang akan mengaburkan gambar tertentu, dan katanya itu seni atau mengikut kehendak pelanggan. Itu seni foto, tetapi didalam menyulusuri kehidupan kita, matlamat kita tidak boleh kabur, matlamat kita mesti jelas. Jelas sejelasnya.
Cuba fokus dan gambarkan sejelas-jelasnya kejayaan yang bakal kita capai.
Sebagai contoh, anda inginkan memiliki sebuah telefon bimbit model terbaru dan mahal. Cuba gambarkan atau bayangkan betapa seronoknya anda sekiranya anda dapat memiliki telefon bimbit berkenaan. Tetapi bagaimana cara hendak mendapatkanya?
‘Pergi kekedai yang menjual telefon bimbit dan beli sahajalah’
Tetapi sebelum itu, apakah proses yang berlaku?
‘Mesti ada duit’
Dari mana datang duit?
‘Kerja’
Kalau tak ada kerja?
Baiklah, kita akan dapat melihat proses ni seperti mengundur kebelakang.
Dan secara ringkasnya, dalam ke arah usaha untuk memberi tumpuan atau fokus, kita perlu bergerak dari belakang dan terus ke hadapan. Maksudnya, kita mulakan berfikir, merancang atau mengambarkan langkah demi langkah apa yang perlu kita lakukan bermula hari ini untuk mencapai matlamat itu, dan jangan lupa letakkan tarikh bila matlamat kita mesti dicapai. Dengan lain perkataan ianya mesti dirancang dengan teliti.
Pastikan juga ianya mengikut perancangan yang seperti mana yang telah kita jadualkan.
Sentiasalah melihat dan teliti segala perancangan yang telah kita jadualkan supaya kita tidak tersasar dari tarikh yang telah kita letakkan.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
29. Oktober 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment