Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Berjumpa lagi kita didalam siri Perjalanan. Dan ini adalah siri kedua untuk tatapan anda semua.
Rasional.
Apabila kita berjumpa dengan sebarang kegagalan, kekecewaan, rasa tidak puas hati, rasa rendah diri dan apa sahaja sikap-sikap negatif di dalam kehidupan kita, pandanglah perkara berkenaan dengan rasional.
Bernafaslah dengan tenang dan teratur supaya otak kita akan mendapat bekalan darah dan oksigen dengan secukupnya dan secara konsisten. Keadaan ini adalah perlu supaya neuron dapat mengeluarkan bahan neurometer supaya diri kita akan menjadi lebih tenang dan positif.
Merancang, melakukan, bertindak atau melaksanakan sesuatu dengan perasaan tidak tenang berkemungkinan akan membuatkan segala pekerjaan kita serba tidak menjadi. Dan apabila keadaan itu terjadi, kita akan terus terjerumus dalam kegagalan atau kepayahan. Di waktu inilah kekadang kita akan tersilap langkah dan terus mengambil jalan mudah lalu mengenepikan nilai nilai murni yang sememangnya telah dipupuk sejak kita kecil lagi.
Apabila kegagalan demi kegagalan kita lalui, dengan tanpa berfikiran rasional dan muhasabah diri, kita akan mudah menyalahkan orang lain. Setelah kita bermuhasabah diri sepertimana yang telah saya beritahu sebelum ini, bacalah di ruangan ‘penyelesaian’ itu, baca dengan teliti dan sematkan didalam hati kita.
Sekali lagi, cuba perhatikan di ruangan ‘alasan’ dan ruangan’penyelesaian’ dan tanyakan kepada diri kita ‘adakah kita mampu untuk melaksanakannya. Ingatlah, kita dilahirkan bukan untuk gagal dan mengalah. Kegagalan kita bukan bererti kita gagal untuk menyempurnakannya, tetapi kita gagal untuk merancang dengan sempurna.
Kebanyakan daripada mereka yang telah berjaya, mereka menggunakan langkah ini untuk menyusun strategi mereka untuk mencapai matlamat mereka. Tidak kiralah samada untuk kejayaan peribadi mereka atau pun untuk kejayaan didalam organasasi mereka mahupun didalam perniagaan mereka.
Apakah langkah seterusnya yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki diri kita?
Insyaallah, bersambung lagi esok.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
28. Oktober 2009
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
No comments:
Post a Comment