Saturday, October 31, 2009

TAK ORANG, TAK KITA

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Tak orang, tak kita.


Pernah dengar perkataan itu?
Mungkin agak janggal dan pelik. Sememangnya sesuatu yang pelik itu sering menjadi tumpuan. Oleh itu, sekiranya anda merasakan tajuk itu pelik, marilah kita sama-sama memberi tumpuan kepada topic ini.

Tak orang, tak kita, ini adalah merujuk kepada sikap atau tabiat manusia. Mungkin juga itu adalah salah satu sikap atau tabiat kita. Dan, marilah kita renungkan bersama sebagai contoh.

Saya akan memulakan dengan soalan kepada anda, dan anda perlu menjawapnya dengan jujur. Tidak perlu membalas posting saya, tetapi cukuplah anda tuliskan di atas sekeping kertas atau taipkan di computer anda.

Adakah kita merasa senang hati jika ada seseorang yang mengecewakan kita?
Berdiam dirikah kita sekiranya ada seseorang yang mengorek rahasia perabadi dan menyebarkanya? Seronokah kita sekiranya kita dikata, diumpat atau difitnah?

Itu adalah sebahagian senarai pendek yang telah saya senaraikan didalam program-program yang telah saya jalankan. Rata-rata dari peserta seminar mengatakan tidak senang hati dengan apa yang cuba orang lain buat kepada diri mereka. Kemudian saya undurkan atau terbalikan soalan itu dan masih berkisar dengan soalan yang sama.

Adakah seseorang merasa senang hati jika kita yang mengecewakanya?
Berdiam dirikah seseorang sekiranya kita yang mengorek rahsia perabadi dan menyebarkanya? Seronokah seseorang sekiranya kita yang mengata, mengumpat atau memfitnah?

Saya meminta menjawabnya secara jujur sejujur-jujurnya di atas sekeping kertas dan memberikanya kepada saya tanpa mengisi atau menulis nama di atas kertas tersebut. Ini bertujuan untuk menjaga maruah peserta seminar tersebut.

Jawapanya amat memeranjatkan kerana sebahagian besar dari 20 soalan tidak terjawab. Ini membuktikan mereka sering melakukan perkara-perkara yang mereka tidak suka orang lain buat kepada mereka tetapi mereka sering lakukan kepada orang lain.
Bukankah itu sifat atau tabiat kita?

Hari ini, saya ingin menyeru kepada semua pembaca, marilah kita sama-sama fikirkan tentang diri kita. Fikirkanlah apa yang perlu dan apakah yang kita tidak perlu lakukan.

Fikirkanlah sejenak, sekiranya kita tidak mahu sesuatu itu orang lakukan kepada kita, janganlah kita lakukan perkara seumpama itu kepada orang lain. Hari ini, individu yang kita umpat itu mungkin tidak melakukan apa-apa kepada kita. Tetapi janganlah terkejut apa bila ada individu yang lain melakukan perkara yang hampIr sama kepada diri kita. Dari itu, berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan dan berubahlah demi kesejahteraan bersama.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
31. Oktober 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment