Tuesday, October 27, 2009

PERJALANAN

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Sering kita mendengar, 'Perjalanan beribu batu bermula dari satu langkah pertama.' Didalam mencapai sesuatu matlamat, apakah langkah pertama kita? Saya ingin mengajak pembaca semua untuk memikirkan apa yang ingin saya utarakan disini.

Apabila kita dilahirkan, kita sebenarnya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan ini. Apa yang kita boleh buat ketika itu ialah, menangis. Kita akan menangis kerana kita merasa tidak selesa. Kita tidak selesa apabila kita basah, sejuk, lapar, kesakitan dan pelbagai lagi perkara yang akan membuatkan kita rasa tidak selesa.
Kemudian kita akan mula belajar meniarap, merangkak dan bertatih. Kesemua perubahan ini akan membuatkan keluarga kita amat gembira, terutama ibu bapa kita.

Apabila kita mula bertatih, ibu bapa kita akan bersungguh-sungguh memberi dorongan dan semangat sehinggalah kita boleh berlari. Dan mungkin sekarang ini kita menjadi salah seorang ahli sukan yang hebat. Sehingga ke saat ini, pernahkah kita mengira berapa langkahkah kita sudah melangkah? Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir. Sebarang kejayaan yang kita perolehi sekarang ini, pernahkah kita
fikir langkah pertama yang telah kita lalui? Ada yang masih ingat dan ada yang telah pun lupa segenap langkah yang telah diaturkan.

Bagaimanakah kita melangkah? dan kenapa kita harus menghayunkan kedua belah tangan kita? Mengapa apabila kita melangkahkan kaki kiri kita kehadapan dan secara automatik tangan kanan kita akan menghayun kehadapan? Didalam ceramah saya, dan apabila saya ajukan soalan ini, tidak ramai menjawab dengan tepat. Dan pelbagai jawapan yang saya terima. Jawapan yang tepat ialah untuk mengimbangi pergerakan atau perjalanan kita. Begitulah, didalam perjalanan hidup dan kehidupan, keseimbangan itu
adalah perlu. Baik apa sahaja apa yang kita lakukan, pergerakan kita mesti seimbang. Tidak mengiralah samada apa yang kita lakukan itu perkara yang baik atau sebaliknya.
Ada diantara kita suka berbuat kebaikan, dan tidak kurang juga yang berbuat sebaliknya walaupun mereka mengetahui bawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi undang undang.

Langkah pertamanya untuk menjatuhkan orang lain atau mengetahui hak-hak peribadi orang amat seronok baginya. Golongan ini sering memulakan langkahnya dengan langkah kiri yang sememangnya akan mengundang bencana kepada dirinya, masyarakat dan negara.
Golongan ini sebenarnya mempunyai gangguan psikologi yang mereka sendiri sembunyikan. Golongan ini akan terus berseronok dengan permainan mereka tanpa menghiraukan akibat dari sikap mereka. Kepada golongan ini, saya ingin menyeru, berundurlah tiga langkah kebelakang, dan mulakanlah langkah kanan yang baru.
Apakah tiga langkah itu? Bersama saya lagi, moderator OKU BOLEH esok.

Terima kasih.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
26. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

No comments:

Post a Comment