Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Setelah saya menerangkan sedikit cara-cara apa yang perlu kita undurkan,kini saya cuba menerangkan apakah tindakan yang perlu kita buat untuk mencapai matlamat itu.
Sebenarnya kita biasa melakukan perkara ini, Cuma mungkin kita menganggap ianya perkara biasa sahaja.
Sebenarnya itu adalah kekuatan yang ada untuk mencapai matlamat itu. Ia menjadi kebiasaan kerana kita telah melakukanya berulang-ulang. Tetapi dalam pada itu, berkemungkinan ada perkara yang telah kita tinggalkan dan memungkinkan kita gagal untuk mencapai matlamat itu.
Renungkan bagaimana anak kita mula belajar bertatih. Kekadang anak kita akan terjatuh, lalu kita bertepuk tangan untuk memberi semangat. Dan dengan riang anak kita cuba dan berusaha lagi sehinggalah anak kita itu belajar berjalan dan berlari.
Berbalik kepada dunia sekarang ini, apabila kita menemui kegagalan, ada juga orang bertepuk, bertepuk gembira. Gembira apabila melihat kita jatuh. Tidak mengiralah samada kita ini jatuh samada terlanggar tunggul, terpijak batu, termasuk ke dalam lubang atau longkang atau apa sahaja yang melibatkan kita terjatuh.
Tetapi ‘jatuh’ yang ingin saya maksudkan di sini ialah, ‘jatuh’ dari kejayaan kita, atau dengan lain perkataan, gagal dalam usaha kita.
Di waktu ini, mungkin ada yang bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan. Mereka itu seronok melihat orang lain jatuh tanpa memikirkan bahawa satu hari nanti mereka juga akan jatuh, tetapi di dalam keadaan yang berbeza.
Maka, untuk mengelakkan daripada kita ini terjatuh dan ditertawakan, rancanglah dengan teliti apa yang perlu kita lakukan. Sentiasalah beringat-ingat. Sentiasalah meneliti kertas perancangan kita. Sentiasa bersikap positif dan berfikiran rasional, kerana apabila kita bersikap rasional,fikiran kita akan terbuka dan berusaha mencari jalan penyelesaian.
Sentiasa fokus dengan apa yang kita kerjakan. Yakinkanlah kepada diri kita bahawa apa yang ada didalam diri kita adalah milik kita. Kita berhak untuk membuat keputusan dan bertegas untuk melaksanakan keputusan kita itu. Tegas tetapi lembut, itulah kunci utama untuk memastikan perjalanan hidup kita mencapai matlamat yang kita inginkan.
Insyallah berjumpa lagi kita di dalam tips yang lain pula.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
30. Oktober 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment