Tuesday, October 27, 2009

PERATURAN OKU BOLEH

Peraturan-peraturan di oku_boleh@googlegroups.com

Perkara perkara yang perlu di titik beratkan oleh ahli ahli rumah OKU BOLEH adalah seperti berikut:-

1) Isu isu agama dan berbau perkauman adalah dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan agama. Kita haruslah memupuk perpaduan dan menjaga keharmonian yang kita ada demi generasi kita yang akan datang.

2) Skim-skim cepat kaya / MLM (Multi Level Marketing) adalah dilarang sama sekali.

3) Attachment berbentuk txt dan MP3 atau yang seumpamanya dengannya sahaja yang dibenarkan, tetapi seharus mungkin tidaklah terlalu besar sekaligus. Walau bagaimana pun, sekiranya boleh di salin (copy) sahaja di email, sila luangkan sedikit masa untuk salin (copy) dan setiap lampiran (attachment) haruslah di perjelaskan sumber dan butiran di dalamnya.

4) Setiap posting mestilah di huraikan dengan sebaik mungkin dan hendaklah tidak terlalu ringkas. Gunakanlah bahasa yang baik kerana bahasa yang anda gunakan melambangkan keperibadian anda.

5) Setiap posting mestilah di semak agar tidak terlalu banyak kesilapan ejaan, tidak terlalu banyak ….. . (titik). Tanpa > (greater than) dan juga tidak boleh menggunakan perkataan ringkas seperti SPT untuk seperti, ABG untuk abang, CTH untuk contoh atau DLL untuk dan lain lain, kwn2 untuk kawan kawan dan seumpama dengannya demi memudahkan para pengguna perisian JAWS. Untuk pengetahuan semua, perisian JAWS adalah perisian bagi OKU penglihatan dan haruslah di ingatkan bahawa ahli ahli OKU penglihatan bergantung sepenuhnya kepada perisian JAWS ini sebagai screen reader untuk pembacaan di skrin komputer mereka. Ini adalah kerana ianya boleh menjejaskan konsentrasi pembacaan dan pemahaman. Disamping ini juga bergantung kepada kelajuan
JAWS dan juga versi JAWS yang di gunakan.

6) Sila tukarkan tajuk email. Contohnya email asal adalah mengenai kereta,sekiranya ingin bercerita mengenai isu lain, sila tukar tajuknya supaya memudahkan pihak tertentu untuk mencari email tertentu boleh mencari hanya dengan merujuk kepada bahagian tajuk. Di khuatiri apabila mencari email berkenaan kereta misalnya, tajuk pun kereta tapi di dalamnya cerita mengenai memasak. Ini akan melambatkan proses mencari email tertentu yang mungkin sangat penting kepada yang memerlukan maklumat tertentu.

7) Adalah di larang untuk menggunakan OKU BOLEH dalam sebarang kegiatan yang menyalahi nilai moral, etika atau undang-undang Negara dan yang boleh di sabitkan dengan jenayah.

8) Sumber sumber maklumat berbentuk kesihatan atau berita haruslah dinyatakan sumber asalnya demi menjamin kesahihan email.

9) Email email berbentuk hasutan di dalam penerangan mengenai sesuatu product barangan adalah dilarang kerana ini mungkin dihasilkan oleh competitor barangan tersebut. Setiap email begini haruslah dipastikan kesahihannya. Dalam kita memberikan fakta kepada ahli rumah, haruslah waspada pada tipu daya sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan barangan dan product orang lain. Dalam kita berjaga jaga mengenai mutu
dan nilai sesuatu barangan, haruslah juga kita asingkan dari nilai nilai hasutan yang mungkin sengaja di kembangkan melalui OKU BOLEH.

10) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH berhak untuk tidak menyiarkan posting yang telah di tapis sekiranya posting berkenaan melanggar peraturan di atas.

11) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH tidak bertanggung jawab sekiranya bahan yang di siarkan tertakluk di bawah undang undang hak cipta. Tanggung jawab adalah terletak di atas penghantar mail berkenaan.

12) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH berhak menentukan dan merombak sebarang peraturan yang difikirkan perlu untuk dipatuhi dari masa ke semasa.

SILA PATUHI PERATURAN PERATUAN INI. TERIMA KASIH.

Oleh:
Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH

No comments:

Post a Comment