Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Saya yakin sejak dari zaman kita kanak-kanak lagi kita telah diajar
bagaimana kita harus menghormati orang lain. Kita diajar bukan sahaja untuk
bersalaman terutama kepada mereka yang lebih tua, malah kita juga diajar
untuk menghormati perkara-perkara yang berkaitan. Bukan sahaja tingkah laku,
kita juga diajar untuk bertutur dengan cara yang berhemah.
Kita mungkin akan rasa marah atau tidak puas hati apabila orang tidak
menghormati kita.
Kita mungkin rasa marah jika hak peribadi kita dicabul, kita mungkin rasa
marah jika barang-barang peribadi kita dirosakan atau digunakan tanpa
pengetahuan kita, kita juga akan rasa marah jika orang lain tidak
memperdulikan kita, kita juga mungkin rasa kecil hati bila orang lain tidak
menghormati keputusan kita, mungkin kita juga tidak merasa selesa jika orang
lain sentiasa bercerita tentang kita dan pelbagai keadaan lagi yang kita
rasa orang lain tidak menghormati kita.
Sebaliknya, pernahkah kita fikir apa yang telah kita lakukan kepada orang
lain sehingga seseorang itu tidak menghormati kita? Semua individu yang hidup ingin dihormati. Kita mahu orang lain menghormati kita walau dengan apa cara sekali pun.
Saya yakin anda berbohong kepada diri anda sendiri jika anda berkata 'tak
kisah kalau orang tak hormatkan aku'. Belajarlah, belajarlah untuk menghormati orang lain. Belajarlah menghormati hak-hak peribadi seseorang agar orang lain
menghormati hak-hak peribadi kita. Belajarlah untuk menghormati keputusan orang lain agar orang lain menghormati keputusan kita. Belajarlah untuk menghormati kehidupan orang lain agar orang lain menghormati kehidupan kita.
Perkara yang paling mudah untuk kita fikirkan dan kita lakukan ialah, jangan
buat sesuatu perkara kepada orang lain sekiranya sesuatu kita tidak mahu
orang lain buat kepada kita. Ya, memang mudah untuk diperkatakan tetapi amat payah untuk dilaksanakan. Tetapi, perkara itu tidak mustahil jika kita berusaha untuk melaksanakanya. Bergantunglah kepada individu itu kerana "allah tidak mengubah nasib
seseorang jika seseorang itu tidak mahu mengubah nasibnya."
Sepatutnya kita tidak perlu menunggu sesuatu perkara yang buruk berlaku
kepada diri kita sehingga memaksa diri kita untuk berubah. Belajarlah untuk menghormati orang lain supaya orang lain akan menghormati kita.
Fikirkanlah bersama-sama demi kesejahteraan sejagat, masyarakat dan yang
paling penting diri kita sendiri.
Terima kasih.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
© MODERATOR.OKUBOLEH
24. Oktober 2009.
OKU BOLEH®
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment