Wednesday, October 28, 2009

DARI MERANGKAK KE BERTATIH

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.


Terima kasih En Zahari.


Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana masih setia bersama OKU BOLEH.

Saya telah diberi kepercayaan oleh Puan Zubaidah Ayob untuk mengendalikan mailing list ini.

Saya berpendapat mailing list ini berkemampuan untuk menjadi wadah merapatkan jurang diantara OKU dan mereka yang normal. Setelah beberapa perbincangan, kami telah merangka beberapa langkah untuk merubah wajah mailing list ini.


Langkah pertama yang kami ambil, ruangan khas moderator setiap hari.

Memanglah ianya nampak serius tanpa humor, tetapi didalam mailing list itu sendiri sudah pun mempunyai banyak unsur-unsur humor.Sebagai pengembala atau pun moderator unsur-unsur nasihat adalah perlu demi untuk kebaikan ke semua pembaca.


Memang benar kata En Zahari, 'saya tidak boleh mengubah orang lain, tetapi saya cuma boleh mengubah diri saya sendiri'.Walaupun seperti membaca akhbar, tetapi saya rasakan itu penting, semoga ianya boleh dijadikan sebagai satu identiti OKU BOLEH.

Langkah kedua yang telah kami wujudkan ialah laman blog OKU BOLEH. Laman blog ini boleh dilayari di:


www.okuboleh.blogspot.com


Oleh kerana laman ini masih baru, jadi masih banyak lagi yang perlu diberi perhatian.

Saya berkeyakinan, laman ini akan di kunjungi oleh segenap lapisan masyarakat dan mampu merapatkan jurang di antara warga OKU dan mereka yang normal.Mungkin juga disini boleh dijadikan tempat oleh mereka yang ingin membuat rujukan atau sumber mencari maklumat bagi golongan OKU.


Langkah ketiga yang bakal kami ambil, kami akan mengeluarkan borang khas untuk membuat bancian di dalam mailing list ini. Borang bancian ini adalah untuk kegunaan OKU BOLEH sahaja, sebagai pengumpulan data atau maklumat.Borang bancian ini akan kami keluarkan tidak berapa lama lagi. Di dalam borang ini hanya untuk membuat nilaian kepada ahli-ahli mailing list ini yang mengandungi nama, jenis kecacatan atau normal serta sedikit pandangan atau komen ahli-ahli mengenai mailing list ini dan beberapa soalan lagi.


Saya sedar, mailing list ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat, latarbelakang kebudayaan, pendidikan, umur dan ugama. Oleh itu, perhatian perlu saya berikan kepada semua tanpa berbelah bagi dan seadil-adilnya.

Langkah-langkah pembaharuan seterusnya akan menyusul nanti.Saya tidak mahu berjanji atau mengumumkan apakah langkah seterusnya sebelum langkah-langkah diatas terlaksana. Insyallah, saya cuba sedaya upaya untuk memajukan mailing list ini. Insyallah.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©
MODERATOR.OKUBOLEH
28 October 2009.
OKU BOLEH
®


*Amaran-hak cipta terpelihara.

Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh


----- Original Message -----
From: zahari
Sent: Wednesday, October 28, 2009 4:24 PM
Subject: (OKU BOLEH) Dari Merangkak Ke Bertatih

Rakan-rakan dan para sahabat sekalian.
Assalamualaikum dan salam persaudaraan.
Agak lama saya tidak berkesempatan menghantar posting ke rumah ni. Kesibukan seharian salah satu sebab standardnya. Posting yang melimpah ruah pun satu lagi alasan yang akan menjadi standard juga. Hehehehe....
Saya terpanggil untuk respon terhadap bebarapa perkara yang masih tidak direspon oleh rakan-rakan sebelum ni termasuk tuan punya rumah ni, Zu.
Dalam postingnya bertajuk "Terima Kasih", Dewi Puspa ada membuat kenyataan bahawa rumah ni telah ditubuhkan oleh oku. Kalau Dewi membaca betul-betul sejarah penubuhan rumah ni, memang jelas dinyatakan bahawa rumah ni telah ditubuhkan atas inisiatif Zu dan keluarganya. Untuk makluman, Zu bukan oku. Saya kira, Dewi pun bukan oku juga. Malahan, ramai lagi bukan oku turut menghuni rumah ni di samping yang oku. Oleh yang demikian, mudah-mudahan, tak adalah persepsi yang semua atau majoriti warga rumah ni adalah oku. Meskipun saya tidak dapat mengeluarkan statistik berapa oku dan berapa pula bukan oku, namun saya yakin ramai juga bukan oku turut menjadi penghuni rumah ni.
Di hari-hari awal penubuhannya dulu, posting tidaklah serancak dan semeriah seperti sekarang ni. Tapi pada ketika itu, subjeknya agak sejagat yang membolehkan bukan oku juga turut serta berkongsi pendapat dan buah fikiran. Tapi sejak akhir-akhir ini, subjek-subjek yang dipaparkan cenderung bersifat dunia oku penglihatan itu sendiri. Mungkin ini menyebabkan kita jarang nampak rakan-rakan kita yang bukan oku turut serta kecuali Zu.
Kadang-kadang ada subjek yang memang bersifat sejagat tapi telah di"kona" hingga menjadikan skop perbincangannya menjadi sempit dan personal. Saya sedar bahawa tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk mengubah semua ini. Saya tidak boleh mengubah orang lain. Yang mampu saya lakukan ialah mengubah diri saya sendiri.
Tiga posting awal moderator baru rumah ini yang bertajuk "Senda Gurau", "Hormatilah" dan "Profesional" pula saya kira agak serius gaya penulisannya. Saya faham niat dan hasrat moderator untuk menegur dan melahirkan rasa tidak senangnya terhadap rentak perjalanan perbincangan yang sedang berlaku pada ketika itu. Tapi, di dalam era sms dan chatting ni, rasanya kalau straight to the point mungkin lebih berkesan. Kita nak cerita tentang A tapi kita cerita dari B ke Z baru balik ke A. Saya bimbang sampai ke O, pembaca sudah berhenti membaca dan terus tekan butang delete. Inipun saya tak pasti berapa ramai lagi yang masih membaca tulisan saya ni. Membaca tulisan moderator itu seperti membaca artikel di akhbar. Mungkin kalau diselitkan sedikit unsur humor, tulisan itu akan lebih menarik untuk dibaca.
Itulah bebarapa pandangan saya di kala Oku Boleh sedang belajar bertatih setelah mahir merangkak. Di kesempatan ini, tahniah dan syabas kepada Zu yang telah dapat mengekalkan Oku Boleh di alam siber sehingga kini. Tentang sokongan daripada kami, Tak payah risau. We have been with you all along since those crawling days. Kita telah sama-sama mengharungi badai gelombang yang besar dan mencabar. Kita telah sama-sama juga menikmati suasana riang gembira. Pertemuan pun telah pernah diadakan sesama warga rumah ini pada tahun 2006 yang lalu. Sejak itu, bila ada saja pertemuan yang tidak dirancang, akan meriahlah rumah ini dengan cerita pertemuan warga rumah ini yang bertemu buat pertama kali dengan rakan yang tidak pernah ditemui sebelum ini melainkan di alam siber.
Akhirnya, dengan adanya pembantu Zu, adalah diharapkan Oku Boleh akan lebih berjaya. Saya, secara peribadi mengharapkan rumah ni menjadi wadah untuk kita saling berkongsi dan bertukar ilmu dan pengalaman agar kita mampu belajar daripada satu sama lain tentang hidup dan kehidupan. Ampun dan maaf dipohon sekiranya posting saya ni agak "long-winded" dan macam menceceh aja bunyinya. Apa yang saya nyatakan tadi adalah luahan peribadi saya semata dan tidak bertujuan nak mengenakan sesiapa. Huallahu a'lamu bissawwab.
Salam dari kejauhan
Along Zahari

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
SELAMAT DATANG KE OKU BOLEH.
Kehadiran anda bersama kami amatlah di alu alukan.
Marilah bersama kita menjana impian dan hari esok.

U received this message because u are subscribed to the "OKU BOLEH" group.
To post to this group, send email to oku_boleh@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to oku_boleh-unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

No comments:

Post a Comment